Cahaya di luar tirai besi

Cahaya di luar tirai besi

Sharifudin Abdul Rahim

KEHIDUPAN di sebalik tirai besi menjadi igauan ngeri buat mereka yang pernah merasainya.

Tatkala ramai insan yang menjalani hidup bebas, mereka yang berada di dalam penjara pula terkurung di dunia sendiri.

Terpanggil untuk memberi sinar harapan baharu buat penghuni tirai besi, Pengerusi Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK), Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad merencana usaha membolehkan banduan apabila dibebaskan mempunyai hala tuju baharu dalam hidup.

Menerusi Program i-kembali yang diasaskannya, ia bakal membantu bekas banduan mendapatkan pekerjaan selepas bebas dari penjara, seterusnya membina hidup baharu.

Malaysiapost berkesempatan merakam gambar program turut dipantau Jabatan Penjara Malaysia itu sejak dari bekas banduan dibebaskan, sehingga mendapat pekerjaan. – Malaysiapost

Pengerusi Pergak, Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad menyambut bekas banduan yang melapor diri pada program i-kembali selepas dibebaskan dari penjara.
Bekas banduan menunggu giliran untuk melapor diri pada program i-kembali di Pusat Pemulihan dan Penjagaan Ghullam (Pergak) di Sepang.
Bekas banduan menunggu giliran untuk melapor diri pada program i-kembali di Pusat Pemulihan dan Penjagaan Ghullam (Pergak) di Sepang.
Bekas banduan diberi tempat tinggal sementara untuk menyertai kursus i-kembali sebelum diserap masuk bekerja dengan majikan baru.
Bekas banduan diberi tempat tinggal sementara untuk menyertai kursus i-kembali sebelum diserap masuk bekerja dengan majikan baru.
Antara buku dibaca salah seorang bekas banduan di asrama Pusat Pemulihan dan Penjagaan Ghullam.
Pengerusi Pergak, Datuk Seri Siti Murni dan Ketua Inspektor Penjara dari Pejabat Parol Hulu Langat, Mohd Nasir Awang mendengar luahan bekas banduan.
Sebahagian bekas banduan mendapatkan kad pengenalan diri sebelum dihantar ke majikan baharu untuk bekerja.
Bekas banduan melaporkan diri di sebuah kilang perabot di Kapar, Klang setelah diserap masuk bekerja.
Bekas banduan melakukan kerja di sebuah kilang perabot di Kapar, Klang.
Bekas banduan melakukan kerja di sebuah kilang perabot di Kapar, Klang.
Bekas banduan melakukan kerja di sebuah kilang perabot di Kapar, Klang.

Komen