Ujian saringan Covid-19 di Pasar Besar Meru
Sharifudin Abdul Rahim
HAMPIR semua pemborong Pasar Besar Meru, pasar basah dan kering terbesar di Klang, telah menghentikan operasi selepas beberapa peniaga didapati positif Covid-19.
Penghentian operasi ini melibatkan 95 peratus atau 114 daripada 120 peniaga di bahagian borong yang terletak di blok C pasar berkenaan.
Tinjauan Malaysiapost mendapati, semua peniaga dan pengunjung yang pernah mengunjungi Pasar Besar Meru telah diarahkan hadir untuk menjalani ujian saringan Covid-19. -Malaysiapost







