3,309: Kes harian Covid-19 tertinggi dilaporkan

3,309: Kes harian Covid-19 tertinggi dilaporkan

MALAYSIA merekodkan kes baharu Covid-19 tertinggi hari ini iaitu sebanyak 3,309 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 141,533 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes positif baru itu, 3,303 adalah kes tempatan dan enam adalah kes import.

“Kes sembuh adalah sebanyak 1,469 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 110,584 kes.

“Dukacita dimaklumkan terdapat empat kematian baru kes Covid-19 dan keseluruhan jumlah kes kematian setakat ini adalah 559 kes,” katanya.

Statistik terbaru itu di kongsi di laman Facebook miliknya hari ini.

Daripada statistik itu jumlah kes yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 190 kes. – Malaysiapost

Komen