Darurat perlu tumpu kawalan wabak – Tok Mat

Darurat perlu tumpu kawalan wabak – Tok Mat

PRINSIP hak asasi manusia, kebebasan sivil, ketelusan dan kedaulatan undang-undang perlu dipelihara sepanjang tempoh darurat. 

Menurut Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, ia adalah selaras dengan Perkara 150 Perlembagaan Negara, sebagaimana nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Memandangkan rasional yang dikemukakan oleh Perdana Menteri dalam memohon pengisytiharan darurat hanyalah untuk mengurus pandemik Covid-19, maka segala kuasa dibawah Ordinan Darurat hendaklah bertumpu kepada urusan pengawalan wabak semata-mata.

“Sepanjang tempoh darurat, kita berharap prinsip hak asasi manusia, kebebasan sivil, ketelusan dan kedaulatan undang-undang mestilah tetap dipelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, usaha mestilah dilakukan untuk segera mengembalikan dan memulihkan fungsi Perlembagaan dan amalan demokrasi berparlimen ke tempat asalnya.

“Semoga keputusan dan langkah yang diambil kerajaan ini akan membantu membawa kebaikan dan kejayaan dalam ikhtiar memerangi pandemik Covid 19 ini, insha-Allah,” katanya. – Malaysiapost

Komen