Neelofa kongsi kata-kata semangat hadapi PKP

Neelofa kongsi kata-kata semangat hadapi PKP

Nurul Huda Abhar

PENGACARA, pelakon dan usahawan, Neelofa berkongsi kata-kata semangat kepada masyarakat bagi menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal bermula tengah malam ini.

Kata-kata nasihat dikongsi Neelofa yang kini telah berhijab menerusi ciapan di Twitternya kini mendapat lebih 10,000 tanda suka.

Menurut Lofa, dia berharap agar peniaga dan pekerja ‘freelancers’ terus diberikan rezeki sepanjang pelaksanaan PKP.

“Buat yang terkesan dengan PKP seperti usahawan dan freelancers, semoga Allah swt sentiasa lapangkan rezeki kalian dari pelbagai sudut.

“Buat yang masih mempunyai kerja dan bekerja secara work from home (WFH), kerjalah dengan penuh ikhlas dan bersyukurlah masih ada rezeki bekerjaya,” ciapnya di laman Twitter hari ini.

Semakan Malaysiapost mendapati ciapan tersebut dikongsi lebih 5,000 pengikut Twitter dan rata-rata turut mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Malah tidak ketinggalan ada pemilik akaun Twitter yang mengambil peluang mempromosikan jualan dan produk mereka di ruangan komen ciapan Lofa itu.

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini hingga 26 Januari depan, iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Selain itu, PKP Bersyarat bagi tempoh sama akan dikenakan terhadap enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak akan dilaksanakan PKP Pemulihan, juga untuk tempoh sama. – Malaysiapost

Komen