Shima Anuar positif Covid-19

Shima Anuar positif Covid-19

PELAKON Shima Anuar mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan, Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shima mengakui sangat terkejut apabila mengetahui dijangkiti kerana tidak mempunyai sebarang kontak rapat dengan pesakit Covid-19

“This really breaks my heart. Saya tak ada kontak rapat dengan siapa-siapa yang kena Covid.

“Buat swab test sebab hari Jumaat baru-baru ini, tiba-tiba rasa susah nak nafas dan sakit kepala.

“Bagitahu suami saya, dia kata mungkin sebab saya tak makan lagi dan perut masuk angin. Selepas makan, semua dah OK lah.

“Tapi saya saya bagitahu suami nak buat juga swab test sebagai langkah berjaga-jaga sebab kes makin hari makin banyak dan berlaku di mana sahaja,” ujarnya.

Shima atau nama sebenar Noor Hashimah Anuar, 29, menjalani saringan pada Sabtu lalu dan mendapat keputusan dirinya positif keesokan harinya.

Susulan keputusan itu, suaminya, Mohd Solih Toha turut membuat ujian calitan, namun keputusan adalah negatif.

Sementara dua anaknya, Marian Sophia dan Mikhael pula masih menuggu keputusan selepas membuat ujian tersebut pada pagi Isnin.

“Tak tahu nak gambarkan perasaan ini macam mana. Dalam kepala fikir anak saja sekarang ni.

“Diorang semua dah pergi test pagi tadi (Isnin). Harap anak-anak saya selamat daripada Covid. Doakan kami,” kata ibu kepada dua anak itu lagi.

Pada masa sama, Shima meminta mereka yang berjumpanya minggu lalu segera melakukan ujian saringan Covid-19 untuk mengetahui status kesihatan mereka.

“Sekarang saya tengah tunggu KKM hubungi saya, tapi dari semalam lagi memang dah kuarantin duduk bilik bawah dan tak keluar pun,” jelasnya. – Malaysiapost

Komen