Covid-19: Perlis kembali catat kes positif

Covid-19: Perlis kembali catat kes positif

Muhammad Mustakim Ramli

ANGKA sifar penularan kes positif Covid-19 di Perlis dalam tempoh yang lama sebelum ini berakhir apabila satu kes dilaporkan di negeri zon hijau itu, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes itu antara 2,985 kes yang dicatatkan di dalam negara dengan Selangor kekal mecatatkan kes harian tertinggi iaitu 837 kes.

“Kes tiga angka turut dicatakkan di Johor dengan 535 kes; Sabah (450); Kuala Lumpur (289); Sarawak (166); Pahang (143); Negeri Sembilan (106) dan Pulau Pinang (105).

“Negeri-negeri lain dua angka dan hanya Labuan sahaja tidak mencatatkan kes hari ini,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini jumlah kes aktif adalah 32,377 kes, di mana 197 sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi termasuk 79 memerlukan bantuan alat penafasan.

“Jumlah kes sembuh hari ini merekodkan 994 kes dengan menjadikan jumlah kes sembuh setakat ini adalah 115,578.

“Dukacita dimaklumkan terdapat empat kes kematian hari ini dengan jumlah kematian akibat Covid-19 adalah 563 orang,” katanya. – Malaysiapost

Komen