Hannah Delisha padam gambar tak tutup aurat

Hannah Delisha padam gambar tak tutup aurat

PELAKON Hannah Delisha telah memadam gambar yang menjolok mata dan menampakkan rambutnya di laman Instagram (IG), baru-baru ini.

Semakan Malaysiapost mendapati akaun IG Hannah yang mempunyai 2.7 juta pengikut kini hanya mempunyai 203 gambar yang tidak dipadam.

Antara foto yang dipadam pelakon siri ‘Cinta Sekali Lagi’ itu termasuk ketika menjadi penghias muka hadapan majalah, menghadiri acara karpet merah dan menjadi model beberapa jenama mewah.

Namun, terdapat beberapa lagi gambar ketika dia masih tidak bertudung berada dalam koleksi foto di IGnya.

Hannah atau nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, mengambil keputusan untuk mengenakan hijab pada September tahun lalu.

Hantaran pertama pelakon kelahiran Singapura itu bertulis ‘Bismillah’ ketika pertama kali memuat naik gambar selepas mengenakan hijab. – Malaysiapost

Komen