PKP: Pengantin pakai baju kerja, elak majlis ditunda

PKP: Pengantin pakai baju kerja, elak majlis ditunda

Muhammad Mustakim Ramli

DISEBALIK ramai yang ‘suram’ dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berbeza pula dengan seorang wanita yang melalui detik bahagia ketika PKP 2.0 yang bermula hari ini.

Wanita yang dikenali sebagai Izatul Israq berkongsi kegembiraan diijab kabul dengan lelaki yang dikenalinya pada PKP pada fasa pertama.

Menariknya kedua-dua mereka mengambil keputusan bernikah dengan hanya memakai baju kerja.

“Di hari terakhir kita bebas sebelum PKP, saya selamat dinikahkan.

“Semua benda jadi tanpa sebarang planning. Kami struggle call pejabat agama and tanya macamana urusan nikah yang sepatutnya pada 1 Februari.

“So pejabat agama bagi option sama ada tunda and borang kena buat semula atau nikah by today (semalam),” katanya menerusi Facebook.

Izatul berkata dia dan suami membuat keputusan untuk bernikah serta merta selepas dicadangkan pejabat agama.

“Call mak abah explain everything, kami semua decide nikah harini. And yes , saya tengah kerja and ambil el(emergency leave) untuk today and suami saya dari siap-siap nak pergi kerja terus ke pejabat agama.

“Terima kasih mak, Saudah Napiah , abah, Abuhashim Hashim , sedara mara dan sahabat yang membantu saya memudahkan urusan saya harini dan ye, saya nikah guna baju kerja,” katanya.-Malaysiapost

Komen