‘Trademark’ daging Harimau Menangis, ibu Neelofa dikecam

‘Trademark’ daging Harimau Menangis, ibu Neelofa dikecam

IBU selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen sejak semalam.

Ia berikutan Foto yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @pakeri_ itu yang memaparkan pendaftaran logo atau cap dagangan Daging Harimau Menangis keluaran produk milik beliau.

Difahamkan, Noor Kartini mempatenkan cap dagangan Harimau Menangis menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Sementara itu, menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam ‘InstaStory’ Noor Kartini,
memaklumkan pihaknya sudah mendaftar untuk mempatenkan trademark Harimau Menangis.

“Letaklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan Harimau Menangis,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna twitter, @azrulhaqim yang menyifatkan nama dan logo tersebut sudah lama digunakan oleh ramai pihak dan tidak seharusnya dipatenkan.

“Nama harimau menangis dah berzaman orang lain guna, dapat pada keluarga mereka, terus hendak dipatenkan macam dia yang mulakan nama itu,” tulisnya.

Sehubungan itu, terdapat segelintir netizen yang mengusulkan mahu menghantar dan mengisi borang bantahan dalam laman web MyIPO terhadap isu tersebut.

MyIPO merupakan sebuah perbadanan yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran untuk paten, tanda dagangan, reka bentuk industri dan pemberitahuan sukarela hak cipta. – Malaysiapost

Komen