Zahidi positif Covid-19

Zahidi positif Covid-19

Muhammad Mustakim Ramli

TIMBALAN Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin disahkan positif Covid-19 berdasarkan keputusan ujian saringan awal pagi tadi.

Pejabat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan memaklumkan Zahidi menjalani ujian saringan sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Januari 2021 (Isnin) yang lalu.

“Pada masa kini beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Terdahulu pada 25 Disember 2020 (Jumaat) beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya ialah negatif,” katanya.

Kenyataan itu juga memaklumkan Zahidi kini berada dalam keadaan yang stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

“Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terlibat,” katanya.-Malaysiapost

Komen