18 kematian harian Covid-19, tertinggi setakat ini

18 kematian harian Covid-19, tertinggi setakat ini

MALAYSIA mencatatkan 18 kematian akibat Covid-19 hari ini, iaitu kes harian tertinggi pernah direkodkan dengan 17 rakyat tempatan dan seorang bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata statistik itu menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 di Malaysia setakat ini adalah 660 kes atau 0.37 peratus.

Menurutnya, kes baharu harian pula adalah 3,631 kes, menjadikan keseluruhan jumlah kumulatif kes ialah 176,180 dengan jumlah kes aktif adalah 42,814.

“Daripada kes baharu itu, 3,625 adalah kes penularan tempatan dan enam kes import melibatkan dua warganegara dan empat bukan warganegara.

“Jumlah kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 251 dengan 102 pesakit memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes sembuh baharu adalah 2,554 kes menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 132,706 kes atau 75.3 peratus. – Malaysiapost

Komen