Harga petrol, diesel naik lagi

Harga petrol, diesel naik lagi

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 naik satu sen seliter bagi tempoh seminggu berkuat kuasa tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 ialah RM1.90 manakala RON97 ialah RM2.20.

Harga runcit diesel pula naik empat sen seliter bagi tempoh sama iaitu daripada RM2.05 seliter kepada RM2.09 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost.

Komen