Padah menanti posmen lastik anjing ketika hantar surat

Padah menanti posmen lastik anjing ketika hantar surat

SEORANG posmen bakal dikenakan tindakan selepas Pos Malaysia menjalankan siasatan berhubung kes melastik anjing ketika menghantar surat.

Ia susulan tindakan berkenaan tular di media sosial, di mana satu rakaman video memaparkan lelaki berpakaian seragam Pos Malaysia dipercayai melastik haiwan itu dari luar pagar kerana dipercayai menyalak kepada posmen berkenaan.

“Pos Malaysia sedang menyiasat kejadian itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap posmen itu jika didapati bersalah,” kata jurucakap Pos Malaysia seperti dilapor FMT.

Difahamkan, mata kiri anjing itu cedera dalam kejadian yang didakwa berlaku di Kluang, Johor, semalam.

Sementara itu, satu kumpulan hak asasi haiwan menyifatkan kejadian itu sangat mengejutkan serta membimbangkan dan menggesa Pos Malaysia memohon maaf kepada keluarga terbabit dan menghukum pelakunya.

Rajesh Nagarajan daripada kumpulan Peguam untuk Hak Haiwan berkata, pemilik anjing itu memaklumkan beliau akan membuat laporan polis.

Katanya, Pos Malaysia juga perlu membuat laporan polis bagi memastikan pelakunya didakwa. -Malaysiapost

Komen