Umno, PAS Selangor komited jayakan Piagam Muafakat Nasional

Umno, PAS Selangor komited jayakan Piagam Muafakat Nasional

MUAFAKAT Nasional (MN) Negeri Selangor menegaskan komitmen untuk menjayakan Piagam Muafakat Nasional, ditandatangini pimpinan tertinggi PAS dan Umno pada 14 September 2019.

Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menerusi kenyataan bersama berkata kedua-dua parti telah bergerak memperkukuh hubungan dan kerjasama di pelbagai peringkat.

Katanya ia melibatkan akar umbi di semua 22 kawasan Parlimen Selangor, selain menyeru rakyat khususnya umat Melayu Islam di negeri itu untuk bersama mendukung dan menyokong proses penyatuan ummah yang diusahakan oleh MN.

“MN Selangor sedar kejayaan penyatuan ummah ini nanti pasti menggugat kedudukan musuh politik PAS dan Umno khasnya Pakatan Harapan (PH) yang sangat berharap muafakat ini dapat dipecahkan.

“Lantas pelbagai usaha dilancarkan untuk menggagalkan usaha murni ini.

“MN Selangor tidak akan berputus asa memastikan penyatuan umat Melayu Islam di negeri ini dapat dijayakan dan akhirnya MN dapat merampas kembali Selangor dari tangan PH yang didominasi DAP,” katanya.

Kedua-dua pemimpin berkata MN Selangor meminta seluruh jentera PAS dan Umno negeri agar terus berkerjasama dengan lebih mantap dan sentiasa meletakkan firman Allah swt yang berikut sebagai pedoman dan sempadan:

“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar” (Al Anfaal 46).” – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen