Bersatu tidak berhasrat tarik balik sokongan terhadap MB Johor

Bersatu tidak berhasrat tarik balik sokongan terhadap MB Johor

TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu Johor setakat ini tidak berhasrat untuk menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dari parti Umno.

Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Bersatu Johor berkata, fokus parti itu ketika ini adalah mengenai perihal rakyat, selain tidak mahu menimbulkan sebarang pergolakan di semua peringkat.

“Setakat hari ini tiada apa-apa keputusan dibuat (tidak sokong Menteri Besar Johor).

“Fokus Bersatu, fikir mengenai rakyat agar tidak timbul pergolakan yang akan bawa kesan buruk di negeri (Johor) dan peringkat negara,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau mengulas perkara berkenaan ketika ditanya pemberita mengenai sama ada Bersatu Johor akan menarik balik sokongan terhadap Hasni.

Muhyiddin berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor dan Perikatan Nasional (PN) Johor secara berasingan di sebuah hotel di Putrajaya hari ini. -Malaysiapost

Komen