Bubur Lambuk versi Jelapang Padi

Bubur Lambuk versi Jelapang Padi

Sharifudin Abdul Rahim

SETIAP kali tiba Ramadan pasti penduduk Kota Damansara dan sekitarnya kecur untuk menikmati kelazatan bubur lambuk Chef Fadzil atau lebih dikenali sebagai bubur lambuk Masjid Kuning.

Menjadi kelaziman setiap tahun di sepanjang Ramadan bagi pesara tentera Mohd Fadzil Bahari, 56, ditugaskan menyediakan bubur lambuk di Masjid Kuning, Kota Damansara.

Menariknya, resipinya mengikut versi negeri Jelapang Padi, Kedah.

Pada Ramadan kali ini, bubur lambuk air tangannya itu akan dibekalkan kepada masjid-masjid, rumah anak-anak yatim, petugas barisan hadapan dan jiran terdekat. – Malaysiapost

Mohd Fadzil menyiapkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak bubur lambuk.
Mohd Fadzil memasukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak bubur lambuk.
Bubur lambuk perlu dikacau untuk mensebatikan ramuan bubur lambuk.
Bubur lambuk perlu dikacau untuk mensebatikan ramuan bubur lambuk.
Bubur lambuk versi resipi negeri Kedah siap dimasak.
Bubur lambuk versi resipi negeri Kedah
Bubur lambuk yang siap dimasukkan ke bekas-bekas untuk dibungkus kepada golongan yang memerlukan.
Hidangan lambuk yang dibungkus diberi kepada golongan-golongan yang memerlukan.
Jiran-jiran tidak melepaskan peluang mengambil bubur lambuk di rumah Fadzil.

Komen