6 pemain ABM positif Covid-19

6 pemain ABM positif Covid-19

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengesahkan enam pemain di Akademi Badminton Malaysia (ABM) positif Covid-19.

Menurut kenyataan BAM, kesemua pemain tersebut yang tidak menunjukkan sebarang gejala dan kini menjalani kuarantin kendiri.

Katanya, selepas perundingan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara, kesemua 91 atlet, jurulatih dan pegawai di ABM di Bukit Kiara menjalani ujian saringan, namun kesemuanya negatif.

“Proses sanitasi menyeluruh juga telah dijalankan di ABM semalam dan latihan berkonsepkan kuarantin tersebut akan diadakan semula di Pusat Kecemerlangan Badminton Negara.

“Manakala semua aktiviti sekolah akan dijalankan secara dalam talian untuk tempoh beberapa hari akan datang,” katanya.

Menurut kenyataan itu, BAM menitikberatkan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kesemua atlet yang berada di ABM.

“Mereka merupakan keutamaan kami dan kami berharap enam atlet terbabit akan pulih secepat mungkin,” katanya – Malaysiapost

Komen