KRI Nanggala-402 dipercayai terdampar 850 meter di dasar laut

KRI Nanggala-402 dipercayai terdampar 850 meter di dasar laut

INDONESIA yakin kapal selam KRI Nanggala-402 tidak meletup sebaliknya hanya mengalami keretakan dan terdampar 850 meter di dasar laut.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Angkatan Laut (KSAL) Laksamana Yudo Margono yang berkata, ia berdasarkan penemuan barang-barang KRI Nanggala-402 di kawasan sebuah palong laut yang berkedalaman 850 meter.

Menurutnya, lokasi penemuan serpihan Nanggala-402 itu terletak di sekitar dua mil laut sebelah utara dari lokasi kapal selam itu dilaporkan hilang.

Kata Yudo, kedudukan 850 meter di dasar laut memang menyukarkan usaha menimbulkan semula kapal selam itu meskipun menggunakan perlatan canggih seperti Remotely operated underwater vehicle (ROV).

Yudo juga menjangkakan keadaan KRI Nanggala-402 telah mengalami keretakan yang teruk kerana tekanan kuat di dasar lautan.

“Dengan alat (serpihan dan barang) yang sudah keluar, terjadi keretakan.

“Karena sampai dalam 700-800 meter tentu akan terjadi keretakan di kapal selam itu,” ujar Yudo yang dipetik Kompas TV, hari ini.

Dalam sidang media sama, Yudo menjelaskan bahawa terdapat bahagian dalam KRI Nanggala-402 yang kedap udara dan tak akan dimasuki air, walaupun berlaku keretakan dalam kapal itu.

Beliau meletakkan harapan tinggi agar kru sempat sempat menutup bahagian itu dan berjaya bertahan hingga saat ini walaupun kapal selam itu masih belum ditemukan.

“Ada kemungkinan kapal itu sudah dimasuki air namun, ada bahagian dalam kabin selamat daripada dimasuki air.

“Ada bahagian tertentu di dalam kapal berkenaan yang dilengkapi pintu kedap. Jika kru sempat menutup bahagian itu, ada kebarangkalian mereka selamat,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/24/serpihan-kri-nanggala-ditemui-bukti-kapal-retak-dan-tenggelam/

Komen