Tadarus Al-Quran berjemaah jadikan Ramadan lebih bermakna

Tadarus Al-Quran berjemaah jadikan Ramadan lebih bermakna

Sharifudin Abdul Rahim

TANPA solat sunat berjemaah dan tadarus Al-Quran, suasana Ramadan tahun lalu sangat suram, apatah lagi hadir tatkala negara menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tahun ini, aktiviti seperti Tadarus Al-Quran dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP), menceriakan semula Ramadan.

Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Zaid bin Haritsah tidak melepaskan peluang, bertadarus Al-Quran di Masjid Zaid bin Hanitsah Jalan Gombak KL.

Semoga Ramadan kali ini membawa lebih erti dan memberi seribu rahmat dan pahala kepada kita. – Malaysiapost

Komen