Tak pernah terfikir hidup mewah dengan jalan pintas – Nora
TAK pernah terfikir hidup mewah dengan jalan pintas, demikian kata penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin.
Menurutnya, setelah pemergian suami, Johan Nawawi empat tahun lalu, Nora tetap meneruskan kehidupan dengan berusaha mencari rezeki sendiri demi masa depan anak-anaknya.
“Kerja siang malam, kehulu kehilir cari rezeki utk menyara keluarga, bukan mencari umpan besar,” ujarnya di Instagram.
Anak jati kelahiran Kelantan itu tampil sekali lagi menjelaskan kekesalannya susulan tular gosip kononnya dia telah bernikah dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Selepas menafikan gosip itu kelmarin, pemilik nama Wan Norafizah Wan Ariffin, 48, sekali lagi memohon kepada orang ramai supaya berhenti menfitnahnya.
“Sungguhpun saya telah kehilangan arwah suami, janganlah memfitnah dan menuduh saya bukan-bukan. Ianya tidak benar,” tulisnya.
Tambah Nora, dia mengakui harus berurusan dan bertemu dengan ramai orang serta semua golongan dalam mencari rezeki. Pelbagai kerenah manusia telah biasa dia hadapi.
“Semuanya mematangkan saya tentang kehidupan. Allah saja yang tahu, apa yang harus saya lalui,” kata ibu tunggal 4 orang anak ini.
Bagaimanapun, penyanyi yang masyur dengan lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ itu tidak menolak ketentuan tuhan jika ditakdirkan akan berkahwin lagi.
Katanya, jodoh, rezeki dan ajal di tangan Allah, malah Nora tidak akan merahsiakan jika dia mahu berkahwin.
“Andai kata direzekikan Allah SWT, saya akan maklumkan. Bina masjid adalah benda yang baik. Berkahwin adalah sunnah dan ibadah juga. Sama-sama doakan yang baik-baik,” katanya. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/29/tak-masuk-akal-nora-jawab-gosip-bernikah-dengan-annuar-musa/