Malaysia, Singapura setuju benarkan rentas sempadan

Malaysia, Singapura setuju benarkan rentas sempadan

MALAYSIA dan Singapura bersetuju untuk membenarkan perjalanan rentas sempadan kedua-dua negara bagi tujuan kecemasan.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata persetujuan itu dicapai bersama rakan sejawatnya Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan hari ini.

“Penting untuk saya maklumkan, selepas bertemu dan berbincang bersama Menteri Luar Singapura, TYT Dr Vivian Balakrishnan sebentar tadi, Malaysia dan Singapura mencapai kesepakatan untuk melaksanakan Skim Rentas Sempadan Kecemasan Bagi Kes-kes Kematian dan Sakit Tenat atau Death and Critical Illnes Emergency Visits (DCEV).

“Kedua-dua negara telah bersetuju mengenai Garis Panduan Skim DCEV yang bakal dilaksanakan bermula 17 Mei 2021,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Menurutnya, perincian syarat dan prosedur berhubung DCEV itu akan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen