Lemang ‘laku keras’ meskipun PKP
Foto esei: Sharifudin Abdul Rahim
Tak lengkap rasanya pagi raya kalau tidak menjamah lemang, cicah pula dengan rendang.

Setiap tahun, makanan tradisional itu memang sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia.

Di Kuala Lumpur, Lemang Daun Lerek Greenwood yang terletak di Greenwood, Gombak menjadi rebutan meskipun berada dalam Perintah Kawalan pergerakan (PKP).












Malah, pekerja yang menyediakan makanan tersebut juga tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan.