Sofea Jane muncul iklan raya, ubati rindu peminat

Sofea Jane muncul iklan raya, ubati rindu peminat

PENAMPILAN Datin Sofea Jane dalam satu iklan raya tahun ini ternyata mencuri tumpuan ramai.

Kemunculan aktres jelita dalam iklan Whimsigirl itu bukan saja mengejutkan peminatnya, malah mengubat kerinduan terhadap Sofea yang pernah dinobatkan artis wanita paling popular pada 1993.

Netizen tidak menyangka kembali ‘melihat’ Sofea Jane yang bagaikan tidak dimamah usia dan kekal cantik serta awet muda.

Menurut Instagram Whimsigirl, video iklan bertajuk Rasa Sayang itu benar-benar memberi impak kepada penonton.

Selain visual yang cantik, lagu yang tepat dengan tema, mesej yang disampaikan juga menyentuh perasaan dan rata-rata netizen kagum dengan hasilnya.

“Meskipun raya tahun ini kita masih berperang dengan pandemik Covid-19 dan tidak dapat beraya dengan meriah, nukilan-nukilan hebat seperti ini sedikit sebanyak mewarnai hati kita,” komen seorang netizen.

Sofea Jane merupakan pelakon yang sangat terkenal pada era 1990-an.

Kejelitaan wanita berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu menambah lagi popularitinya.

Antara filem popular yang pernah dibintanginya adalah ‘Hanyut’ dan ‘Perempuan, Isteri dan…’. – Malaysiapost

Komen