‘Saya telah beri kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis’ – Neelofa

‘Saya telah beri kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis’ – Neelofa

SELEBRITI popular, Noor Neelofa Mohd Nor selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan sebentar tadi.

Neelofa hadir ke IPD Seremban ditemani suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, dan peguamnya pada jam 10.15 pagi.

Difahamkan, Neelofa selesai memberi keterangan pada jam 11.40 pagi tadi berhubung siasatan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka, minggu lalu.

Neelofa ketika ditemui hanya menjawab ringkas, pihaknya telah memberi kerjasama dengan pihak polis.

“Saya telah beri kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis, terima kasih,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Kredit Foto : Sinar Harian.

Jumaat lalu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim memaklumkan, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap Neelofa yang didakwa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis lepas. – Malaysiapost

Komen