PKPD 2 pangsapuri di Cheras bermula hari ini

PKPD 2 pangsapuri di Cheras bermula hari ini

Sharifudin Abdul Rahim

SUSULAN peningkatan kes jangkitan Covid-19, dua pangsapuri di Cheras dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 10 Jun 2021.

Ia melibatkan semua blok Pangsapuri Permai serta Blok C dan D di Pangsapuri Sri Penara.

PKPD itu dilaksanakan selepas berlaku peningkatan kes ketara dalam tempoh 10 hari apabila 78 kes positif dikesan hasil 101 ujian saringan di Pangsapuri Permai.

Di Pangsapuri Sri Penara pula, terdapat 111 kes positif selepas 123 orang penghuni disaring.

Pelaksanaan PKPD memudahkan saringan kontak dan komuniti serta pengasingan awal dijalankan, selain menghalang aktiviti semasa penduduk setempat dan seterusnya mengekang penularan wabak Covid-19. – Malaysiapost

Komen