Polis temui lebih 1000 janin dalam peti sejuk

Polis temui lebih 1000 janin dalam peti sejuk

Pihak berkuasa tempatan Ha Dong, Hanoi, Vietnam menemui lebih 1,000 janin manusia ditemui dalam peti sejuk di sebuah pangsapuri.

Pihak polis berjaya membongkar sindiket tersebut hasil daripada maklumat berkenaan sekumpulan lelaki yang membaa beg hitam di kaasan berkenaan.

Laporan akhbar tempatan melaporkan polis telah menahan empat lelaki, manakala hasil pemeriksaan endapati beg hitam berkenaan mengandungi janin manusia.

Serbuan terhadap pangsapuri berkenaan juga menemui dua peti sejuk besar yang dipenuhi janin.

Siasatan polis mendapati suspek sering mengumpul janin hasil pengguguran daripada klinik dan tempat pembuangan sampah di sekitar bandar.

Meskipun siasatan polis terhadap kes berkenaan mendapati tiada unsur jenayah namun, pihak berkuasa tempatan berkata, ia menyebabkan masalah alam sekitar mengenai cara janin ditangani dan disimpan.

Vietnam adalah antara negara yang mencatatkan kadar pengguguran janin tertinggi di dunia, menurut laporan rasmi kesihatan.

Sebanyak 14 kes pengguguran janin dalam 100 kelahiran pada 2018 direkodkan.

Komen