Aras tiga bangunan IPK Pahang terbakar

Aras tiga bangunan IPK Pahang terbakar

SATU kebakaran berlaku di aras tiga bangunan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di Kuantan, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kejadian jam 4.15 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

“Kejadian itu disedari anggota yang bertugas yang segera menghubungi bomba,” katanya dipetik Astro Awani.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, empat jentera dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.05 petang.

“Punca kebakaran masih disiasat. – Malaysiapost

Foto kredit Astro Awani.

Komen