Tak sangka baju ‘mesra vaksin’ direka, dapat sambutan

Tak sangka baju ‘mesra vaksin’ direka, dapat sambutan

BERMULA daripada hasrat bagi memudahkan ibunya untuk mendapatkan suntikan vaksin, siapa sangka idea yang tercetus menarik minat kaum hawa untuk mendapatkan baju ‘mesra vaksin’.

Pemilik laman Twitter @usnaku tidak menyangka niatnya mencipta baju ‘mesra vaksin’ mendapat sambutan, malahan menerima tempahan yang memberangsangkan.

Baju ‘mesra vaksin’ yang dimaksudkan mempunyai zip di bahagian bahu, ia bertujuan supaya si pemakai tidak perlu untuk menyelak lengan baju sehingga ke atas.

“Masalah emak, lengan baju semua tak boleh selak sampai lengan. Macam mana nak cucuk,” kata ibunya.

Bermula daripada berkongsi hasil jahitan baju untuk ibunya, rata-rata pengguna laman Twitter memuji idea Husna Abdul Haris dan berminat untuk menempah.

Bagaimanapun, menurut Husna, buat masa ini dia hanya membuat satu rekaan baju sahaja kerana semua tempahan yang diterima akan dijahit sendiri.

“Pasal rekaan blouse pula buat masa sekarang Cuma ada satu design saja iaitu yang simple sebab saya jahit satu-satu. Jadi saya takut tak sempat buat design yang terlalu meriah. Mungkin pada masa depan ada design lain. Terima kasih semua beri sokongan,” ciapan husna.

Rata-rata pengguna Twitter menyokong baju ‘mesra vaksin’ dan berharap tiada lagi alasan untuk risau mengenai baju yang sesuai untuk dipakai ketika temu janji suntikan vaksin.

“Hari hari aku fikir nak pergi vaksin nanti nak pakai baju apa.”

“Kalau dah buka inform. Nak buat kenangan. Supaya kalau ada generasi baru nanti Nampak baju ni mesti pelik kenapa ada zip kat situ. Tapi yang hidup zaman pandemik je tahu.”

“Cepat buat branding sendiri untuk design ni sis. Nanti ramai brand terkenal curi idea sis. Sangat bagus baju macam ni.” – Malaysiapost

Komen