‘Itu gambar saya dua tahun lalu’

‘Itu gambar saya dua tahun lalu’

SEORANG jurugambar akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) mengakui gambar yang tular di media sosial kononnya keadaan terkini Tasik Chini di Pahang, sebenarnya gambar lama dirakamnya dua tahun lalu.

Gambar dari udara menggunakan dron itu menunjukkan penerokaan tanah bukit, hanya kira-kira 150 meter dari tasik.

Jurugambar tersebut, Farizul Hafiz Awang, 31, berkata gambar itu diambil untuk satu laporan khas bagi akhbar Berita Harian (BH) pada Mac 2019.

Beliau menjelaskan gambar itu dirakam menggunakan dron dan tidak menyangka ada menularkannya semula dan mendakwa ia keadaan terkini di Tasik Chini.

“Sepatutnya orang ramai selidik dulu kesahihan perkara seperti ini, bukannya percaya tanpa usul periksa,” katanya. – Malaysiapost

Komen