Bekas pengarang akhbar bawa pulang RM1 juta

Bekas pengarang akhbar bawa pulang RM1 juta

BEKAS pengarang akhbar mendapat durian runtuh apabila bergelar jutawan selepas membawa pulang RM1 juta dalam cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN).

BSN dalam kenyataan berkata, Dzulkfley Zanudin atau lebih mesra dengan panggilan ‘Abang DZ’ merupakan pemenang Cabutan Istimewa bagi Mei BSN SSP 2021.

Menurut kenyataan itu, Dzulkfley mula menyimpan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan kini ketika PKP 3.0 beliau memenangi hadiah RM1 juta.

“Mereka telah menang, anda bila lagi? Simpan dalam BSN SSP sekarang untuk peluang menjadi jutawan seterusnya. Simpanan minimum RM3,000 akan melayakkan anda untuk Cabutan Istimewa.

“Bukan itu sahaja, anda juga dapat memaksimumkan simpanan melalui BSN SSP Edisi Khas dengan kadar keuntungan sehingga 1.9 peratus setahun dan seterusnya layak untuk menyertai semua cabutan BSN SSP 2021

“Untuk maklumat lanjut, layari https://www.bsn.com.my/page/bsn-ssp. Tertakluk pada terma dan syarat,” katanya di hantaran Facebook rasmi BSN.

BSN memaklumkan kempen tersebut masih berlangsung hingga 31 Disember 2021. – Malaysiapost

Komen