SEORANG bapa berasa gembira dan terharu kerana anaknya berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.
Menerusi hantaran di Facebook, bapa yang dikenali sebagai Hanafi Abdullah itu melahirkan rasa kesyukuran kerana tidak menyangka anaknya, Haiqal Hazwan masih mampu memperolehi 8A meskipun berhadapan dengan cabaran dengan suasana pembelajaran tidak menentu susulan pandemik Covid-19 tahun lalu.
“Tak sangka pulak anak sulung dapat keputusan cemerlang dalam SPM 2020.
“Keputusan 8A memang awesome. Lebih-lebih lagi ketika zaman pandemik Covid-19. Belajar tak tentu arah dan cabaran tinggi menggunung.
“Apapun syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kejayaan tersebut termasuk mereka yang doakan anak bertuah ini,” katanya.
Haiqal Hazwan pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong, Sarawak adalah antara 401,105 calon SPM 2020 yang menerima keputusan hari ini.
“Sebagai ayah Haiqal Hazwan, saya tumpang glamer dan berkongsi gembira hehehe.
“Akhir kata tahniah sekali lagi dan semoga terus sukses,” catat Hanafi. – Malaysiapost