Keputusan SPM keluar hari ini

Keputusan SPM keluar hari ini

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 boleh disemak hari ini, mulai pukul 10 pagi.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, 401,105 calon SPM 2020 akan menerima keputusan secara dalam talian dan  tidak dibenarkan hadir ke sekolah.

“Calon akan menerima keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada SMS 68886 yang akan memaklumkan ringkasan keputusan itu dengan hanya memberikan gred diperoleh mereka.

“Selain itu, calon boleh membuat semakan menerusi pautan myresult1.moe.gov.my dan myresult2.moe.gov.my,” katanya.

Jelas kenyataan itu, slip keputusan penuh boleh dimuat turun selepas 4 hari pengumuman keputusan melalui pautan myresult3.moe.gov.my.

“Bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, guru kelas, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan menyenaraikan nama mereka sebelum hari keputusan.

“Seterusnya, guru kelas, JPN dan PPD akan memaklumkan keputusan SPM kepada mereka,” katanya. – Malaysiapost

Komen