7,749 sembuh, 84 kematian baharu

7,749 sembuh, 84 kematian baharu

KES sembuh harian Covid-19 masih tinggi melebihi kes jangkitan baharu dengan mencatatkan 7,749 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini 563,779.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Facebook rasminya hari ini, jumlah kes Covid-19 yang masih aktif adalah 82,632 kes.

Manakala kes kematian baharu Covid-19 hari ini adalah 84 menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu setakat ini adalah 3,768 kes.

Sementara itu, kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai 912 pesakit dengan 458 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen