Kes baharu Covid-19 kembali hampiri angka 7,000

Kes baharu Covid-19 kembali hampiri angka 7,000

JUMLAH kes harian Covid-19 kembali menghampiri angka 7,000 apabila sebanyak 6,849 kes baharu dilaporkan hari ini.

Menerusi infografik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan kes Covid-19 di seluruh negara kini sebanyak 646,411.

Selangor masih mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 2,558 kes (211,403 kes kumulatif), diikuti Kuala Lumpur 884 kes (66,195 kes kumulatif), dan Negeri Sembilan 684 kes (32,833 kes kumulatif).

Johor merekodkan 426 kes (67,722 kes kumulatif), manakala Sarawak 699 kes (54,300 kes kumulatif), Kelantan 248 kes (31,537 kes kumulatif) dan Sabah 309 kes (65.,330 kes kumulatif).

Pahang turut mencatatkan 89 kes (11,415 kes kumulatif), diikuti Labuan 176 kes (5,634 kes kumulatif), Pulau Pinang 205 kes (31,656 kes kumulatif) dan Perak 161 kes (23,307 kes kumulatif).

Di Terengganu jumlah kes baharu dicatatkan adalah 66 kes (10,439 kes kumulatif), Melaka 170 kes (14,527 kes kumulatif), Kedah 161 kes (21,399 kes kumulatif) Putrajaya 10 kes (2,086 kes kumulatif) dan Perlis dua kes (548 kes kumulatif). – Malaysiapost

Komen