Menteri Kanan Kerja Raya positif Covid-19

Menteri Kanan Kerja Raya positif Covid-19

MENTERI Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal, malam tadi.

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi kenyataan berkata Fadillah menjalani ujian saringan Covid-19 pada jam 10.15 pagi semalam sebagai rutin yang dibuat oleh Pejabat Menteri Kanan Kerja Raya dari semasa ke semasa.

“Sebelum ini beliau sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun 2021.

“Datuk Seri Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

“Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terlibat,” kata kenyataan itu.

Sehubungan KKR memaklumkan Fadillah akan menjalani kuarantin di rumah disebabkan tiada sebarang gejala seperti nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sepanjang tempoh kuarantin, Datuk Seri Fadillah akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar,” katanya. – Malaysiapost

Komen