PKPD tiga kawasan Kampung Sungai Penchala

PKPD tiga kawasan Kampung Sungai Penchala

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKP) di Kampung Sungai Penchala di pinggir ibu negara memasuki hari kelima hari ini.

Ia melibatkan tiga kawasan iaitu tiga kawasan Jalan Sungai Penchala 11, Jalan Sungai Penchala 12 dan Jalan Sungai Penchala 12(A).

Tinjauan Malaysiapost mendapati penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP di tiga kawasan terbabit.

Kampung Sungai Penchala antara tujuh lokaliti dikenakan PKPD bermula Khamis lalu, berikutan peningkatan ketara kes Covid-19 dengan 65 kes positif dikesan dalam dua minggu. – Malaysiapost

Komen