JAKIM santuni 125 kes psikologi sepanjang PKP 3.0

JAKIM santuni 125 kes psikologi sepanjang PKP 3.0

SEPANJANG tempoh 14 hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyantuni 125 kes psikologi membabitkan pelbagai masalah dan pertanyaan.

JAKIM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan khidmat nasihat itu diberikan melalui beberapa platform termasuk media sosial dan talian telefon.

“Sepanjang tempoh PKP bermula 1 hingga 14 Jun lalu, JAKIM telah menawarkan khidmat nasihat kepada rakyat menerusi talian telefon, WhatsApp, e-emel dan Google Form.

“Alhamdulillah, 125 kes telah berjaya dikendalikan merangkumi khidmat kaunseling keluarga dan peribadi, urusan nikah dan cerai serta permohonan bantuan dan pertanyaan umum,” menurut kenyataan yang dikongsi di Facebook JAKIM hari ini.

Menurut JAKIM, susulan lanjutan PKP yang bersambung dari 15 Hingga 28 Jun 2021, khidmat psikologi itu masih diteruskan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada Isnin hingga Jumaat.

“Bagi yang memerlukan perkhidmatan ini, boleh menghubungi kami di talian 017-6609760, WhatsApp 011-19598214 atau email mycarecov19@islam.gov.my,” katanya. – Malaysiapost

Komen