SOP ibadah korban, solat Aidiladha ditentukan negeri

SOP ibadah korban, solat Aidiladha ditentukan negeri

RESOLUSI mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) berhubung prosedur operasi standard (SOP) ibadat korban serta solat sunat Aidiladha akan disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dipersembahkan itu juga akan dibawa kepada kerajaan negeri untuk dipertimbang serta diputuskan.

Beliau berkata, berkata muzakarah berlangsung secara maya itu turut membincangkan SOP solat Jumaat, usul masjid sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan isu penghinaan agama Islam.

“Mesyuarat jawatankuasa MKI disertai mufti, Ahli Dilantik Majlis Raja-Raja, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Resolusi mesyuarat MKI akan disembah maklum kepada Majlis Raja-raja dan dibawa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk pertimbangan dan keputusan di peringkat negeri masing-masing.

“Saya memohon mufti untuk memanjatkan doa semoga rantaian wabak Covid-19 dapat diputuskan di bumi Malaysia ini dan rakyat dapat menjalani kehidupan beragama lebih sempurna,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Aidiladha dijangka akan disambut umat Islam pada 20 Julai ini. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

Komen