Sepatutnya kami bernikah minggu depan – Kamal Adli

Sepatutnya kami bernikah minggu depan – Kamal Adli

“BUAT waktu sekarang, kita tangguh dahulu (perkahwinan) kerana tak mahu nanti ada isu-isu berbangkit. Kita hormat lockdown, bila dah dibenarkan merentas negeri, kita akan kahwin seperti yang dirancang,” kata pelakon, Kamal Adli.

Menurut Kamal, segala persiapan perkahwinannya bersama pelakon jelita Uqasha Senrose telah pun dilakukan, namun detik hari bersejarah kehidupan mereka terpaksa ditangguhkan kerana pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ yang berlangsung ketika ini.

Katanya, kalau bukan disebabkan ‘total lockdown’, dia dijadualkan bakal bernikah dengan Uqasha pada minggu depan, lapor Kosmo Online.

“Sebab apa? Sebab, kita dah bayar semuanya. Memang tak boleh pull out (tarik balik) duit. Seperkara lagi, saya nak majlis kahwin kami menjadi satu peristiwa yang saya dan isteri akan kenang sampai ke akhir hayat.

“Tak naklah nikah online ke apa atau yang boleh datang 40-30 orang. Apa yang nak dikenang nanti. Pada waktu sama, kita hormat lockdown dan tunggu kes Covid-19 negara reda,” kata Kamal.

Pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, itu juga memaklumkan perancangan mengadakan majlis akad nikah dan resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka akan tetap diteruskan.

Bagaimanapun, menurut Kamal, semuanya perancangan bergantung kepada keadaan pandemik Covid-19 negara. Kalau masih tidak surut-surut lagi kes positif, dia bakal isteri akan laksanakan apa wajib terlebih dahulu.

“Kalau tak disebabkan lockdown, saya dan Uqasha nikah minggu depan rasanya. Patutnya minggu depan kami nikah.

“Kita hold (tangguh) dulu tengok macam mana situasi Covid-19 negara. Kita hormat kesusahan orang lain sebab macam saya cakap tadi, tak nak orang cakap artis kayanganlah atau benda-benda macam itu.

“Kalau lockdown ini berlanjutan panjang sangat, saya mungkin akan memilih buat apa yang wajib dahulu iaitu bernikah. Sekarang ini, kita tangguh dulu dan tengok macam mana keadaan,” ujarnya. – Malaysiapost

Komen