Sunyi tanpa pelancong, netizen terkejut Pulau Langkawi ibarat ‘bandar hantu’

Sunyi tanpa pelancong, netizen terkejut Pulau Langkawi ibarat ‘bandar hantu’

SEKTOR pelancongan antara yang terkesan teruk berikutan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang jangkitan virus tersebut.

@edshahir

Hangpa pernah sampai sini? Cuba komen keadaan dulu-dulu kat sini macam mana.. #fyp #foryoupage #beach #langkawi #photojournalist #malaysiatiktok

♬ Creepy horror sound – TOKU SPACE MUSIC

Bercakap mengenai pelancongan, nama Pulau Langkawi yang terletak di Kedah antara destinasi popular dengan lokasi-lokasi yang menarik.

Namun begitu, sejak aktiviti merentas daerah dan negeri tidak dibenarkan, destinasi tersebut kian sepi tanpa pelancong hingga diibaratkan sebagai ‘bandar hantu’.

Situasi tersebut dikongsikan seorang lelaki dikenali Ed Shahir menerusi laman sosial TikTok.

Dalam perkongsian tersebut beliau memuat naik dua klip video memaparkan persekitaran di pekan Pantai Cenang pada sebelah siang dan malam.

“Sekarang yang tinggal hanya daun kering. Sunyi sepi seribu bahasa dan jalan pun lengang tanpa kereta,” tulisnya dalam klip tersebut.

Seterusnya, dia merakam pula keadaan di persisiran pantai yang juga ‘kosong’ tanpa kelibat pelancong.

Kelihatan kawasan pantai suram dan sunyi jika dibandingkan dengan situasi lokasi itu sebelum pandemik muncul sekitar awal tahun lalu.

“Jom tengok kawasan pantai pula. Lengang yang tinggal hanya deruan ombak laut. Kalau anda pernah sampai ke sini sila kongsikan,” ujarnya baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, menerusi klip video kedua beliau membawa ‘bersiar-siar’ di sekitar Pantai Cenang pada waktu malam yang kekal sunyi tanpa sebarang aktiviti seperti kebiasaan.

Perkongsian Ed Shahir mendapat pelbagai respon netizen yang seperti tidak percaya Pulau Langkawi yang terkenal dahulu kini tidak ubah seperti ‘bandar hantu’.

Netizen juga mengajak rakyat bersama-sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar wabak Covid-19 segera berakhir dan kehidupan boleh kembali normal seperti sedia kala. – Malaysiapost

Foto Kredit: Tiktok/@edshahir

Komen