Peminat terhibur aksi Caprice takut terima suntikan vaksin

Peminat terhibur aksi Caprice takut terima suntikan vaksin

PENYANYI rap dan instafamous, Caprice mencuri perhatian peminat gara-gara tular gelagatnya yang takut untuk mengambil suntikan vaksin, baru-baru ini.

Jika sebelum ini Caprice tampil dengan gaya maskulin dan ‘gentleman’, siapa sangka di sebalik personalitinya itu rupa-rupanya dia fobia dengan jarum suntikan.

Video yang dimuat naik di Instagramnya mencuit hati peminat yang geli hati dengan telatah Caprice gementar melihat jarum suntikan.

Malah, lebih melucukan dalam video tersebut ada individu meminta Caprice untuk ‘rapping’ bagi mengurangkan gementar.

“Apa yang berlaku sebenarnya di balik tabir. Salute kepada frontliners atas servis dan pengorbanan… kita memang dah kena banned di banyak hospital sebab kalau nak ambil darah atau cucuk IV akan ambil masa 30 minit untuk baca Al-fatihah, zikir, countdown, tapi ni 1st time suruh rap,” tulisnya pada hantaran itu.

Bagaimanapun, petugas kesihatan ketika itu mengambil tindakan profesional menenangkan Caprice dan cuba mengalih perhatiannya dengan mengajak penyanyi itu berbual.

Hantaran tersebut dibanjiri dengan komen-komen lucu yang tidak menyangka Caprice rupanya takut kepada jarum suntikan.

Namun begitu, peminat memuji kesungguhan Caprice melawan fobianya itu bagi melaksanakan tanggungjawab mengambil vaksin Covid-19 dalam usaha memutuskan jangkitan virus tersebut. – Malaysiapost

Foto Kredit: IG/capriceofficial

Komen