Sokongan Malaysia terhadap Palestin tidak berganjak
SOKONGAN Malaysia terhadap Palestin tidak akan berganjak, malah fokus kini adalah usaha bantuan kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata atas sebab itu kerajaan Malaysia bersetuju menyumbang lebih AS$1 juta kepada kerajaan Palestin.
Katanya, ia sebagai bukti sokongan serta keprihatinan Malaysia yang berterusan terhadap pembangunan negara itu.
“Amat bermakna apabila Menteri Luar Palestin, TYT Dr Riad Malki menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepimpinan serta sokongan Kerajaan Malaysia kepada Palestin sejak sekian lama,” katanya menerusi kenyataan ringkas di Facebooknya hari ini.
Semalam Hishammuddin mengumumkan kerajaan Malaysia bersetuju menyumbang lebih AS$1 juta kepada kerajaan Palestin sebagai bukti sokongan serta keprihatinan berterusan terhadap pembangunan negara itu.
Perkara itu beliau selepas Mesyuarat Dua Hala bersama rakan sejawatnya, Dr Riad Malki di Antalya, Turki.
Sumbangan itu bertujuan membantu Palestin membina semula fasiliti ujian Covid-19 di Gaza yang musnah akibat dibom semasa serangan bulan lalu. – Malaysiapost
Foto Kredit: FB/Hishamuddin Hussein