Kes Covid-19 di Malaysia lepasi 700,000

Kes Covid-19 di Malaysia lepasi 700,000

KESELURUHAN kes Covid-19 di Malaysia telah melepasi angka 700,000 di sebalik jumlah jangkitan baharu di bawah 5,000 yang dicatatkan hari ini.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, jumlah kes baharu hari ini ialah 4,611.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak berkenaan di Malaysia kini 701,019 kes.

Selangor kekal tertinggi apabila mencatatkan sebanyak 1,346 kes, diikuti Sarawak (682), Perak (453), Negeri Sembilan (437), Johor (314), Kuala Lumpur (310), Kelantan (219) dan Melaka (205).

Kedah merekodkan 182 kes, Sabah (166), Labuan (130), Pulau Pinang (84), Pahang (50), Terengganu (18), Putrajaya (15) serta tiada kes di Perlis. – Malaysiapost

Komen