Periuk nasi, ketuhar pun dihantar ke pusat kuarantin

Periuk nasi, ketuhar pun dihantar ke pusat kuarantin

PERIUK nasi, ketuhar dan pengering rambut antara barangan dihantar ahli keluarga buat individu dalam pengawasan (PUS) yang ditempatkan di pusat kuarantin.

Bukan itu sahaja, malah macam-macam lagi barang dan kelengkapan lain turut dihantar demi keselesaan insan yang tersayang, lapor The Star.

“Kita terpaksa menolak barang-barang ini kerana ia terlalu besar untuk dibawa ke tingkat atas,” kata anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Rozihan Razni Abdul Rahim, 32.

Selain itu, menurut Rozihan yang juga penolong penyelia pusat karantin di sebuah hotel di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, ia boleh menyebabkan penggunaan tenaga eletrik meningkat.

Mengulas mengenainya, Rozihan berkata, pihaknya menerima bungkusan yang dihantar kepada PUS sepanjang masa untuk membuat mereka selesa sepanjang dikuarantin dan barang paling popular yang dihantar adalah makanan.

“Penghantaran mesti dilakukan antara jam 2 dan 4 petang.

“Beer, rokok, komputer. Ini beberapa barang yang kami terima daripada perkhidmatan penghantaran dan ahli keluarga PUS,” katanya

Rozihan menambah, ada juga kes ahli keluarga menghantar alkohol yang dibungkus dalam kotak susu dan teh hijau.

“Namun, jika bungkusan itu pecah, kami biasanya memeriksa barang tersebut sebagai sebahagian prosedur,” katanya.

Mereka yang tinggal di pusat itu sedar bahawa alkohol dan makanan tertentu (tidak halal) adalah dilarang.

Peraturan tersebut dinyatakan semasa mereka menandatangani borang deklarasi sebelum mereka masuk ke pusat.

Bagaimanapun, Rozihan berkata mereka tidak akan membuang barangan yang dilarang tetapi mengembalikan kepada pemiliknya ketika mereka meninggalkan pusat tersebut.

Rozihan berkata, mereka juga akan menghubungi mereka yang berada di dalam bilik untuk meredakan tekanan mereka selama mereka menginap. – Malaysiapost

Komen