Gelandangan mesti disuntik vaksin Covid-19

Gelandangan mesti disuntik vaksin Covid-19

Kerajaan negeri Johor digesa memberikan suntikan vaksin kepada golongan gelendangan di bandar raya Johor Bharu bagi mengelak penularan wabak tersebut.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Kesihatan Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia, Datuk Mohd Rashidi Mohd Noor berkata, permintaan itu sudah dimohon kepada kerajaan negeri pada minggu lalu.

“Kita mahu kerajaan negeri turut ambil perhatian. Minggu lepas kita bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Zaiton Ismail dan beliau bersetuju (memberikan vaksin kepada gelandangan).

“Kita usul senarai nama melibatkan seramai 229 gelandangan yang berdaftar di bawah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) kerana ada keperluan untuk mereka mendapatkan vaksin,” katanya.

Dataran tersebut menjadi tempat pusat pengagihan makanan setiap hari yang disediakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bandar raya itu.

Sementara itu, Mohd Rashidi berkata, ketika ini dianggarkan terdapat seramai 250 gelandangan dan 229 daripadanya berdaftar dengan PBSM. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

Komen