Restoran guna kertas buku log masuk SOP Covid-19 bungkus makanan
Seorang pengguna laman Facebook, Jasonino Wong berkongsi kisah bagaimana sebuah restoran membungkus makanan yang dipesannya secara dalam talian, dibungkus menggunakan kertas yang tidak sepatutnya.
Roti bakar yang dipesan oleh Wong, tiba dalam keadaan yang sangat mengejutkan apabila didapati makanan tersebut dibungkus menggunakan kertas dariapda bulu log SOP Covid-19 yang digunakan untuk mencatat beberapa maklumat berkenaan pengunjung yang memasuki premis berkenaan.
Beliau yang menyifatkan kejadian itu sebagai “tidak bersih”, memaklumkan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan kejadian tersebut.
Tindakan tersebut menurutnya bukan sahaja bertentangan dengan semua SOP kesihatan, malah turut mendedahkan nama dan nombor telefon beberepa pihak yang tercatat pada kertas tersebut.
“Saya memesan makanan dari restoran ini melalui XXX (syarikat penghantaran). Lihat bagaimana mereka membungkus roti bakar! Mengerikan! Tidak Bersih! Bagaimana restoran boleh menggunakan kertas di mana pelanggan menuliskan suhu dan nombor telefon mereka untuk membungkus makanan! Saya telah melaporkan kepada syarikat penghantaran, ”tulisnya.
Syarikat penghantaran tersebut telah mengembalikan sejumlah wang sebagi ganti rugi keapda Wong dan dilapaorkan sedang menjalankan siasatan berkenaan perkara itu.
Sekiranya didapati bersalah, restoran berkenaan boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Makanan 1983 dan juga melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.