Doakanlah kesejahteraan Malaysia – Dr Zulkifli

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memohon 263 jemaah haji Malaysia di Arab Saudi agar mendoakan kesejahteraan seluruh umat Islam dan negara mendepani pandemik Covid-19.

Menurutnya, mereka adalah antara 60,000 jemaah haji yang dipilih melaksanakan rukun Islam kelima tahun ini.

“Doakanlah kesejahteraan Malaysia, seluruh umat Islam, keluarga dan rakan dalam mendepani pandemik Covid-19,” katanya dalam satu sesi khas yang disiarkan secara dalam talian, malam tadi.

Dr Zulkifli berkata, jumlah bakal jemaah Malaysia yang ada di Arab Saudi pada tahun ini lebih ramai berbanding hanya lapan orang tahun lalu.

“Anda semua tetamu istimewa dipilih Allah SWT dan akan berada di tempat antara mustajab doa di Arafah, justeru doakanlah demi kesejahteraan Malaysia.

“Saya mohon gunalah masa haji nanti untuk memperbanyakkan ibarah, zikir dan doa kepada Allah,” katanya.

Sesi khas bersama kira-kira 200 bakal jemaah haji itu berlangsung selama satu jam dengan pengisian tazkirah dan soal jawab oleh peserta.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua bakal jemaah Malaysia terbabit kerana terpilih melaksanakan ibadah itu tahun ini.

Beliau kemudiannya memimpin doa pada akhir sesi berkenaan dan berharap semua bakal jemaah akan mendapat haji mabrur. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights