Jemaah haji mula tunaikan tawaf

Jemaah haji mula tunaikan tawaf

KUMPULAN jemaah haji mula berpusu-pusu ke Masjidil Haram bagi menunaikan tawaf dengan mematuhi protokol kawalan pencegahan Covid-19.

Memetik laporan media antarabangsa, jemaah haji mula menunaikan Tawaf sebelum bermalam di Mina sebagai persediaan melakukan perjalanan ke Bukit Arafah yang menandakan kemuncak pelaksanaan ibadah haji.

Sejak semalam, kumpulan jemaah haji mula menunaikan Tawaf mengelilingi Kaabah.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Abdelfattah Suleiman Mashat berkata, seramai 46,000 jemaah sudah tiba di Mina.

Katanya, bilangan jemaah haji wanita meningkat sebanyak 40 peratus.

Kerajaan Arab Saudi menggariskan beberapa protokol yang perlu dipatuhi bagi memastikan keselamatan jemaah haji selain melakukan pembersihan dan operasi nyahkuman di sekeliling Masjidil Haram.

Seramai 263 rakyat Malaysia di Arab Saudi layak menunaikan ibadat haji tahun ini, meningkat berbanding hanya lapan orang pada tahun lalu.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini memutuskan ibadat haji musim ini hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang berada di negara itu sahaja berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 yang membimbangkan di seluruh dunia.-Malaysiapost.

Komen