Caprice mohon maaf

Caprice mohon maaf

PENYANYI rap, Caprice, 32, memohon maaf kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dan juga kepada rakyat Malaysia di atas segala kekhilafannya yang terlalu beremosi dalam usaha menjalankan misi bantuan ke Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memuat naik hantaran Instagram hari ini, memaklumkan perkara yang menjadi spekulasi sejak beberapa hari lalu adalah berpunca dari kesilapan dirinya dan tiada kaitan dengan pihak lain.

“@hrhcrownprincejohor, @hishamnuddinhussien, ebitlew, Caprice mohon maaf atas kesilapan Caprice dimana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, Palestin dan rakyat. Apa yang berlaku adalah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain.

“Saya juga minta maaf kepada ibu dan ayah kerana membuatkan mereka risau mengenai keselamatan saya selama ini. Saya sayang kamu dan apa yang saya lakukan adalah untuk membuat kamu bangga,” katanya.

Selain itu, Caprice juga berterima kasih dengan pihak kerajaan, Kedutaan Malaysia di Mesir serta kerajaan Mesir di atas segala layanan, sokongan dan perlindungan keselamatan selama 24 jam sepanjang dia berada di negara itu, termasuk buat semua pihak yang sudah membantunya.

“Caprice nak ucapkan terima kasih kepada DS @hishammuddinhussein, Embassy Malaysia mesir, dan Kerajaan Egypt for the hospitality, support, and 24hour protection and security selama Caprice berada di Mesir,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang merupakan ketua misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) al-Quds dan Gaza yang memberi kata-kata nasihat untuk menyedarkan kesilapannya.

“Caprice nak ucapkan terima kasih juga kepada DS @azeezrahim yang tiba-tiba jadi seorang ayah kepada Caprice selama kita kenal. tak terbalas kasih sayang dan ambil berat terhadap saya dalam misi ini.

“Dan semua anggota HM4P, pasukan Mercy, dan Media di Mesir, terima kasih menjadi “abang” dengan membimbing saya untuk tempoh 30 hari ini. Datuk Farid, Datuk Razali, Dr Kassim, and Abdullah. I couldnt have asked for a better band of brothers to share this experience. Thank you for the late night talks, the love, and your guidance,” katanya.

Caprice juga memaklumkan dia akan pulang ke tanah air selepas menyelesaikan segala urusan serta melunaskan janjinya kepada warga Palestin.

“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia. InsyaAllah i will return after i complete and fufill a few promises i made to the people of Palestine. Iam sorry. Salam,” katanya.

Menerusi hantaran permohonan maaf dibuat itu, kebanyakan netizen menyambut baik dan mendoakan Caprice sentiasa dilindungi serta segala urusannya di permudahkan oleh Allah.

Terdahulu, sejak beberapa hari lalu kecoh di media sosial mengenai isu teguran Caprice dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sehingga dia menyifatkan tindakan Ebit di Gaza, Palestin, baru-baru ini tidak adil kerana hanya menyantuni kanak-kanak dan orang susah- Malaysiapost

Komen